LMS Esport Teamwork & Peranan Dalam Pasukan E-Sukan
20 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Teamwork & Peranan Dalam Pasukan E-Sukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran topik ini adalah untuk memberi memberi pendedahan kepada peserta untuk memastikan permainan berjalan lancar dan strategi dapat dilaksanakan dengan berkesan. Setiap pemain mempunyai tugas tersendiri seperti ketua pasukan, penyerang, sokongan atau pertahanan yang perlu dimainkan dengan disiplin dan kerjasama tinggi. Selain itu, komunikasi yang baik, saling mempercayai serta memahami kekuatan rakan sepasukan dapat meningkatkan prestasi pasukan. Disamping itu, semangat berpasukan yang kukuh, pasukan e-sukan lebih bersedia menghadapi cabaran dan mencapai kemenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: